Menu

Tambah Kuota Celcom Broadband Dengan Mudah Melalui SMS

Memandangkan saya ada menerima banyak pertanyaan tentang cara untuk menambah kuota Celcom Broadband, berikut ialah cara paling mudah untuk berbuat demikian. Sekiranya saudara-saudari tidak mahu melakukan pembelian kuota secara atas talian iaitu melalui Celcom Online Customer Service http://www.celcom.com.my/onlinecustomerservice, cara lain yang lebih mudah ialah melalui SMS.

Tambah Kuota Melalui SMS

1. Buka Celcom Broadband Manager untuk modem anda.

2. Pergi ke fungsi SMS (tekan TEXT di menu)

3. Click Butang New dan hantar BROADBAND VOL ke 22188

vol

4. Tunggu balasan dan ikuti arahan untuk pembelian tambahan kuota. Rujuk jadual di bawah untuk senarai harga

celcom_sms

 

Untuk mengetahui status penggunaan kuota anda, sila hantar VOL STATUS ke 22188

Perlu diingatkan kos pembelian akan dikenakan ke atas bil semasa.

No comments

Leave a Reply

Follow

Quick Links

banner
banner
banner
banner