Menu

Proses Rayuan UPU Lepasan STPM/Diploma/Matrikulasi

Sekiranya anda telah menyemak status permohonan anda di laman UPU dan tidak berjaya, jangan kecewa kerana anda mempunyai 10 hari untuk membuat rayuan secara online. Jika belum, sila semak melalui salah satu daripada laman-laman sesawang berikut:

ipta

Rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan MOHE.

https://online.mohe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/

Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA layak untuk memohon rayuan. Permohonan pertukaran program atau IPTA bagi calon yang telah berjaya ditawarkan tempat pada permohonan asal tidak akan dilayan.  Dasar pemilihan kes rayuan upu adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu.

Calon dinasihatkan untuk membuat rayuan secara rasional dan tidak terburu-buru (contohnya, mengikut kawan atau kehendak ibu bapa). Sila ambil kira keputusan peperiksaan semasa membuat pertimbangan.

 

 

No comments

Leave a Reply

Follow

Quick Links

banner
banner
banner
banner